Wednesday, 31 July 2013

Siapa nak free product kecantikan?

Assalamualaikum semua.

Siapa nak produk kecantikan? Free sahaja dari New York Skin Solutions. Tak percaya? Klik link ini= http://bit.ly/14i0pU4

Ini betul ya. Bukan spam. Tinggal 7 hari je lagi! Siapa cepat dia dapat. Memang terbukti keberkesanannya. 

-SELAMAT MENCUBA-

p/s:Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Sunday, 21 July 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w .

Assalamualaikum semua.

"KUTBAH TERAKHIR"


Pesanan Rasulullah S.A.W, kepada kita.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Detik - Detik Pemergian Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum semua.



Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. 

Pagi itu.. Rasullullah dengan suara terbatas memberi khutbah terakhirnya.. 

Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.. " 

"Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan Sunnahku.., barang siapa mencintai sunnahku nererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku" 

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.. 

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca... 
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya... 
Usman menghela nafas panjang... 
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam... 

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba..

" Rasullullah akan meninggalkan kita semua " keluh hati semua sahabat kala itu..

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia ini.. tanda-tanda itu semakin kuat.. Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasullullah yang berkeadaan lemah dan goyang ketika turun dari mimbar.. Disaat itu, kalau mampu seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu..

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasullullah masih tertutup...

Sedang di dalamnya. Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
" Bolehkah saya masuk ? " Tanyanya...

Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, " Maaflah , ayahku sedang demam " Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternya sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

" Siapakah itu wahai anakku ? "

" Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya " tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang mengetarkan, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

" Ketahuilah , dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut " kata Rasulullah..

Fatimah pun menahan ledakkan tangisanya...

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa jibril tidak ikut sama menyertainya.. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

" Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah ? " Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah..

" Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangganmu " kata jibril

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

" Engkau tidak senang mendengar khabar ini ? " tanya Jibril lagi..

" Khabarkan kepadaku, bagaimana basib umatku kelak ? "

" Jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: " Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," Kata Jibril..

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas... Perlahan roh Rasulullah ditarik, Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, Urat-urat lehernya menegang.

" Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini " perlahan Rasulullah mengadu...

Fatimah terpejam...Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka...

" Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril ? "Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu...

" Siapakah Yang sanggup ,melihat kekasih Allah direnggut ajal " kata Jibril..

Sebentar kemudia terdengar Rasulullah Memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

" Ya Allah !! Dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku "

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu..

Ali segera mendekatkan telinganya .. " Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku," peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu...

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan..

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan...

" Ummatii.. Ummatii.. Ummatii... " Umatku.... Umatku... Umatku...

Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu..

Allahumma sholli 'ala Muhammad

wa baarik wa salim 'alaih..

Bertapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada Ummatnya.... 

Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Friday, 19 July 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya!

Assalamualaikum semua.


KLIK PADA BANNER UNTUK JOIN. ^_^

Saya pilih hadiah:

1. Kuih Raya
2. Beg

Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping entry di Pingje.org.

SENARAI HADIAH
DRESS (SORANG)
KUIH RAYA ( 8 0RANG)
TSHIRT ( DUA ORANG)
MINYAK WANGI ( 3 ORANG)
BEDAK TANAKA ( DUA ORANG)
SHAWL ( 4 ORANG )
TUDUNG BAWAL ( 4 ORANG) 
BEG ( 3 ORANG) 
SKIRT STLISTA ( SORANG)
BB PLUS COLLAGEN DRINK (SORANG)
BB CREAM COZUMA (SORANG)
PANTILLINER HERB ( SORANG )
KEYCHAIN ( DUA ORANG )
DUIT RAYA ( 3 ORANG)
KAD RAYA ( 23 ORANG )
100 KEPING SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVE DESIGN (10 ORANG)



Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Wednesday, 17 July 2013

HADIAH SUDAH DIPOS!

Assalamualaikum semua.

Kepada yang menang segmen rahmatnya ramadhan & sudah menuntut hadiah sebelum tarikh hari ini, anis sudah pun mengeposnya hari ini hadiah tu.

Harap bersabar ye.. Kalau dah sampai inform keyhhh.. Update blog. Allert! Kepada yang menang keychain nama iaitu yana & emilia. Anis gantikannya dengan bookmark. Boleh kan?

Oklah. Itu je anis nak update. Selamat bepuasa.

Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Tuesday, 16 July 2013

Hadiah akan dipos..


Assalamualaikum semua

Anis just nak cakap beberapa perkara je..
  1. Kepada yang menang segmen rahmatnya ramadhan dan sudah inform anis, esok anis akan poskan hadiah. Tetapi, untuk yang menang keychain nama anis gantikan dengan bookmark felt. Ok? Setuju?
  2. Anis ada terima tempahan bookmark. Siapa nak order PM je k..


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Sunday, 14 July 2013

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Thursday, 11 July 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Assalamualaikum semua.

Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)



Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Tuesday, 9 July 2013

Giveaway Rahmatnya Ramadhan part 2 by Mohd Zuhri

Assalamualaikum semua.


#klik pada banner untuk join ^_^

Tag:


4 Keistimewaan Semasa Bulan Ramadhan:

1. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelengguRasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.2. Doa mustajab di bulan RamadhanDiriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi) 3. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan RamadhanRasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).4.  Ramadhan bulan ampunanBulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

Jom ramai2 kita join sbb hadiahnya gempak!

Hadiahnya
Topup rm5x6 by Siti Hajar Karim 
Topup rm5x2 by Nurul Hasanah
1x kerongsang by Syieraa md saad
RM 100X1  by Prince Nub
Topup rm30x1 by Elih Japahar
1x mask dan 1xhandbag by Fadhila Farhana
1x shawl  dan 1x shiseido mask by Myra Eyra
Kad raya tempahan x2 + bookmarks kain felt x1 by Nurul Cahaya
Topup rm10x2  by Putera Rimba



Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Monday, 8 July 2013

Pemenang Segmen rahmatnya ramadhan

Assalamualaikum semua. Hari ni anis nak umumkan:

Pemenang Segmen rahmatnya ramadhan. Sorry coz lambat umum. Anis guna www.miniwebtool.com. Tiada sama sekali pilih kasih. Kepada yang tak menang cuba lagi. 

Pemenang Kad raya x3:

http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/
www.fatindiana.com
sayacikamal.blogspot.com

Pemenang keychain nama x2:

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/
http://cyanxkamo.blogspot.com

Kepada yang menang, email kat anis.tikah@gmail.com detail seperti di bawah:

Nama:
Alamat penuh:
Menang:
N.tel:

TQ..


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Jom hantar-hantar kad raya.


Assalamualaikum semua.

Hari ni, entrynya pendek je. Rasa lama tak update blog. Rindu pulak. Ok. Tajuk utamanya adalah anis nak ajak korang hantar-hantar kad raya. Tapi kena jujur la.. Anis sentiasa jujur dengan korang. Dan korang wajib tunjuk buktinya yang korang dah post. Nanti bila dah sampai inform anis dan anis akan inform korang balik. Setuju tak? Saja nak kumpul kad raya. Kalau setuju, komen kat sini. Nanti kita bincang nak? Ok. Komen cpt2.

Pastikan korang serius. Jangan pulak, bila anis dah hantar kad raya, korang tak hantar.

Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Monday, 1 July 2013

Segmen Rahmatnya Ramadhan! (x perlu buat entry)

Assalamualaikum semua.

Hari ni, anis nak buat 1 lagi Segmen sempena bulan ramadhan dan syawal. Hadiahnya, tak la sehebat mana. Tapi yang pasti syaratnya mudah.




  1. Blogger Malaysia
  2. Klik link iklan *sampai habis loading (untuk duit setem)
  3. Klik,Klik
  4. Tak perlu buat entry, hanya tinggalkan link blog kat entry ni.
  5. Pemilihan pemenang melalui www.miniwebtool.com
  6. Tamat: -akan diupdate
Hadiah:

Kad raya x3 Keychain raya x2 

Sikit je pun hadiahnya. Syaratnya pun mudah kan! Jom JOIN!


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

 
Fully Design By Anis Najiha | All Copyright 2013 © Anis Najiha