Sunday, 26 May 2013

REVIEW BLOG PEMENANG CONTEST HEADER SAYA PALING MELETOP!

Assalamualaikum semua.

Hari ni, anis nak review blog pemenang contest header paling meletop! Sorry lambat review.


Blog MISCELLANEOUS


  • Header yang menarik. Ayat-ayat pada header menarik. 
  • Template yang cantik. Widget tersusun rapi. Blog memang cute sangat. Blog yang bertemakan pink susu. Sesuai sangat. Nice sangat.
  • Teruskan berblogging ya.. Nak terjah blog MISCELLANEOUS? Klik header beliau..
No➲R ₳TYK▲™ ϟ

Blog NOORATYKA

  • Header yang menarik. Ayat-ayat pada header menarik. 
  • Template yang cantik. Widget tersusun rapi. Blog memang cute sangat. Blog yang rainbow sikit-sikit. Sesuai sangat. Nice sangat.
  • Teruskan berblogging ya.. Nak terjah blog NOORATYKA? Klik header beliau..
Cynthia Lee

Blog CYNTHIA LEE

  • Header yang simple but menarik.
  • Template yang cantik. Widget tersusun rapi. Blog memang cute sangat. Blog yang bertemakan pink lembut. Sesuai sangat. Nice sangat.
  • Teruskan berblogging ya.. Nak terjah blog CYNTHIA LEE? Klik header beliau..

Blog ELLA

  • Header yang simple but menarik.
  • Template yang cantik. Widget tersusun rapi. Blog memang cute sangat. Blog yang bertemakan pink lembut. Sesuai sangat. Nice sangat.
  • Teruskan berblogging ya.. Nak terjah blog ELLA? Klik header beliau..
Blog SYAHIRA

  • Header animated,tak da perkataan but menarik.
  • Template yang cantik. Widget tersusun rapi. Blog memang cute sangat. Blog yang bertemakan coklat rilakuma. Sesuai sangat. Nice sangat.
  • Teruskan berblogging ya.. Nak terjah blog SYAHIRA? Klik header beliau..
Sorry kalau ada tersilap kata/menyakitkan hati. Assalamualaikum. :)

Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

#2 Review blog

Assalamualaikum semua. 

Hari ni anis nak review dua blog yang memang menarik perhatian anis. Nak tahu sapa? Jom tengok kat bawah:

الشباب الاسلامى

Blog SETIASMILE. 


  • Anis suka blog ni sebab header ni memang MELETOP. Kalau masuk contest header paling MELETOP, mesti boleh dapat n.1.. :) Anis memang suka headernya sebab 3D. Buat kat anis satu boleh? (tak baik mintak2) sorry.. ^_^
  • Kedua, sebab blognya simple tapi suberb. Blognya bertemakan hitam dan biru. Backgroundnya menarik bagi Anis.
  • Ketiga, widget blog ni kemas je. Tersusun cantik. Suka join GA,SEGMEN,CONTEST dan lain2. 
  • Itu je kot komen anis untuk blog SETIASMILE. Nak terjah blog beliau? Klik header beliau..
Fiqah Hamed
Blog FIQAHAMED

  • Anis suka blog ni sebab kak fiqah suka buat freebies doodle. Memang cantik doodle-doodle yang dibuat oleh akak fiqah.
  • Kedua, header kak fiqah memang menarik sebab headernya macam cop. Nice sangat. Anis suka..
  • Ketiga, blog kak fiqah memang menarik. Tema blognya bewarna pink lembut. Cntik sangat. Mungkin kak fiqah bersikap sopan-santun,lembut sebab tu la dia pilih tempa pink lembut untuk blognya.. :)
  • Widget blog kak fiqah tersusun rapi. Yang paling anis suka di blog kak fiqah adalah blockquote (ajarkan anis nanti ya...) Anis suka blockquote tu bergerak. Menarik. Nak terjah blog kak fiqah? Klik banner kak fiqah. :)

Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Edit gambar.

Assalamualaikum semua.

Tadi saja tak da kerja,edit la gambar. Nak tengok tak gambar tu? Jom tengok kat bawah.. Tak cantik pun.




Simple je.. Tak tau nak wat apa. Edit je la gambar.. :) Lepastu edit header cover untuk twitter. 

-akan diupdate



Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Kisah sedih:Pengorbanan seorang ibu demi kejayaan anaknya

Assalamualaikum semua.

Petang ni anis nak share sikit tentang pengorbanan seorang ibu demi kejayaan anaknya.


Sekadar gambar hiasan
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.


SUMBER:http://media-siber.blogspot.com/2013/04/mesti-bacakisah-pengorbanan-seorang-ibu_13.html#.UaHc2heLB-g


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

 
Fully Design By Anis Najiha | All Copyright 2013 © Anis Najiha