Tuesday, 10 December 2013

Tempahan Edit Blog, Header dan Watermark Murah!

Assalamualaikum semua.

Cuti sekolah ni, anis bukat sekejap ja untuk tempahan header dan watermark. Tarikh tutup tempahan  25/12/2013.

Edit Full Blog (simple edited)


  • Package A: Edit header,footer,sidebar,banner,watermark,template denim dan lain-lain: RM10
  • Package B: Edit header,footer,sidebar,banner,watermark, menu tab,template denim, blockquote, ikut design kehendak owner blog dan lain-lain: RM15


Header RM5
  • tema warna *maksimum dua warna* pilih kod warna SINI
  • pilih fonts ayat atau quote
  • header bersama gambar atau doodle *bagi link gambar*
  • header bersambung *bagi width blog*
  • bagitau nak design macm mana! bagi link design tersebut.
  • contoh header (bukan dioder-hanya sebagai contoh)







Watermark RM3

  • tema warna *maksimum dua warna* pilih kod warna SINI
  • bagitau ayat copyright nak mcm mna!
  • watermark bersama gambar atau doodle *bagi link gambar*
  • bagitau nak design macm mana! bagitau link design tersebut.
  • contoh watermark (bukan dioder-hanya sebagai contoh)



Boleh tunjuk contoh design, insyaallah anis akan cuba buat.


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

Blog telah bertukar kepada template baru.

Assalamualaikum semua..

Yeahhh, lama tak update blog. Bukan sibuk dan sebagainya tapi tangan ni dah malas nak menaip. Hari ni tetiba ada mood nak menaip so, apa lagi godek-godek la blog kesayangan ni.. hehehehee..

Akhirnya, anis dapat edit header,menu tab,watermark,banner dan lain-lain. Template masih sama cuma ada ubah suai sikit-sikit je..

Bila fikirkan tahun depan, umur anis dah mencecah 12 tahun, maknanya UPSR akan tiba.. Hai, kalaulah otak ni genius, kan best. Angan-angan je lah.. Tapi kalau rajin baca buku bukankah angan-angan itu menjadi kenyataan. Amin..

Anis rasa tahun depan, mesti tak dapat lansung update blog. Pagi, pergi sekolah sampai pukul 4 ptg sbb ada tuisyen untuk tahun 6. setiap hari isnin,selasa dan khamis. sampai rumah, pukul 5 lebih. Yalah sekolah kat penang, duduk kat kedah. 2 negeri setiap hari lalu. Malam tu pula ada tuisyen atau kelas mengaji (selang seli), balik tuisyen baca buku, ikut jadual dan tengah malam kita zzz

Oklah, balik kepada cerita asal, anis ingat nak spend time untuk edit blog bagi cantik lagi, tapi tak sempat.... Ingat nak order je dari kak dayang deno ke, alieff ke atau kak shida, tapi tunggu lepas UPSR.. 

Tapi kalau rajin, anis nak edit sendirilah... Nak buat tema biru + pink. (in shaa allah). 

SETAKAT NI SAJALAH YANG ANIS MAMPU UNTUK MENAIP. ASSALAMUALAIKUM...


Syukur Dapat Menaip Dengan Baik. Alhamdulilah ^_^

 
Fully Design By Anis Najiha | All Copyright 2013 © Anis Najiha